Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022 'terakhir buat saya', kata Neymar

Bintang bola sepak Brazil, Neymar mengumumkan pada Ahad (10 Okt) bahawa Piala Dunia 2022 akan menjadi yang terakhir buatnya kerana beliau "tidak mempunyai kekuatan untuk terus bertahan dengan lebih banyak perlawanan bola sepak".

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022 'terakhir buat saya', kata Neymar

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 09:36PM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 09:41PM

RIO DE JANEIRO: Bintang bola sepak Brazil, Neymar mengumumkan pada Ahad (10 Okt) bahawa Piala Dunia 2022 akan menjadi yang terakhir buatnya kerana beliau "tidak mempunyai kekuatan untuk terus bertahan dengan lebih banyak perlawanan bola sepak".

"Saya akan turun padang seolah-olah ia adalah Piala Dunia yang terakhir bagi saya," kata pemain berusia 29 tahun itu kepada DAZN.

"Saya akan bermain seakan-akan ia adalah yang terakhir buat saya kerana saya tidak tahu sama ada saya masih mempunyai kekuatan mental untuk terus bertahan dalam bola sepak."

Neymar, yang pernah bermain dalam dua Piala Dunia dan merupakan penjaring kedua terbanyak dalam sejarah negaranya, di belakang Pele, akan mencecah usia 34 tahun pada Piala Dunia 2026.

"Saya akan melakukan sedaya upaya untuk mencapai Piala Dunia 2022 dengan tahap terbaik dan akan melakukan apa sahaja untuk memenanginya demi memenuhi impian terbesar saya sejak kecil lagi," tambah bintang Paris Saint-Germain itu.

Neymar bermain di Piala Dunia 2014 di padang sendiri dan berhasil menjaringkan empat gol.

Namun, beliau terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan separuh akhir menentang Jerman akibat masalah kecederaannya dan tanpa kehadirannya Brazil kecundang 7-1 di tangan Jerman.

Empat tahun kemudian di Rusia, Brazil disingkirkan oleh Belgium di peringkat suku akhir.

Sejauh ini, pencapaiannya di peringkat antarabangsa terhad kepada Piala Konfederasi 2013 dan pingat emas Sukan Olimpik di Rio pada 2016.

Kecederaan menghambatnya daripada menyarung jersi Brazil dalam perlawanan akhir Copa America 2019 yang dimenangi oleh Brazil dan juga edisi 2021 di mana Argentina menewaskan Brazil di peringkat akhir.

Sumber : AFP/TQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan