Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2022: Qatar sasar tarik 1.2 juta pengunjung

Penganjur Piala Dunia 2022 Qatar berharap untuk menarik 1.2 juta pelancong ke negara Teluk itu, kata seorang pegawai, dengan rancangan untuk menempatkan mereka di hotel biasa dan penginapan "inovatif".

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Qatar sasar tarik 1.2 juta pengunjung

Stadium Al Thumama di Doha, Qatar (Gambar fail: AFP/Karim Jaafar)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 10:33PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 10:38PM

DOHA: Penganjur Piala Dunia 2022 Qatar berharap untuk menarik 1.2 juta pelancong ke negara Teluk itu, kata seorang pegawai, dengan rancangan untuk menempatkan mereka di hotel biasa dan penginapan "inovatif".

"Kami berharap semasa Piala Dunia, lebih 1.2 juta pelawat dari seluruh dunia akan hadir," kata Fatma al-Nuaimi, ketua komunikasi di Jawatankuasa Tertinggi yang menganjurkan kejohanan 2022, kepada AFP.

"Mereka tidak akan (semua) berada di negara ini secara serentak, memandangkan acara itu berlangsung selama 28 hari."

Qatar, dengan jumlah penduduk sekitar 2.75 juta, akan menjadi negara Timur Tengah pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia, antara 21 November hingga 18 Disember tahun depan.

Selain hotel yang sudah tersedia, Cik Nuaimi berkata ada huraian "inovatif dan sementara" lain ditawarkan sebagai penginapan pengunjung.

Ini termasuk penginapan di kapal pesiaran, di apartmen hotel dan di kampung-kampung peminat dengan suasana padang pasir Arab, serta menginap di rumah privet.

Para pegawai menyatakan 16 hotel terapung juga akan dibina, menyediakan sekitar 1,600 bilik kesemuanya.

Cik Nuaimi berkata inisiatif "Host a Fan" atau jadi tuan rumah peminat Piala Dunia, akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami budaya Qatar.

"Kami adalah orang yang ramah, dan ini juga dilanjutkan semasa Piala Dunia," katanya kepada AFP.

Qatar sebelum ini menyatakan ia menjangkakan 1.5 juta orang akan berkunjung ke negara Teluk kecil itu bagi Piala Dunia, dan pada bulan-bulan sebelum dan sesudah acara besar itu.

Negara itu setakat ini sudah merasmikan lima daripada lapan stadium yang akan menganjurkan Piala Dunia.

Stadium Al Thumama yang mampu menampung 40,000 penonton, terletak 12 kilometer selatan Doha tengah, adalah yang terbaru dibuka, menjadi tuan rumah pertandingan piala domestik pada Jumaat (22 Okt).

Qatar sebelum ini merasmikan stadium-stadium baru Ahmad Bin Ali, Al Janoub dan Education City selain padang Khalifa yang diubah suai.

Ras Abu Aboud, Al Bayt dan Lusail, yang akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir dalam tempoh 14 bulan, masih belum dibuka.

Cik Nuaimi menekankan bahawa "98 peratus kerja-kerja binaan telah siap, dan persiapan akan selesai menjelang akhir tahun".

Qatar, yang menyatakan sudah memberi vaksin kepada lebih tiga suku penduduknya, akan menyemak data jangkitan COVID-19 menjelang kejohanan perlawanan serantau Piala Arab yang akan bermula pada November.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan