Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2018: Rusia mara ke pusingan seterusnya jika Saudi kalah malam ini

Peluang Rusia meneruskan perjalanannya di Piala Dunia FIFA semakin cerah setelah ia berjaya mengalahkan Mesir 3-1 dalam perlawanan semalam (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2018: Rusia mara ke pusingan seterusnya jika Saudi kalah malam ini

Denis Cheryshev dan Ahmed Fathy berebut untuk mendapatkan bola. (Gambar: DYLAN MARTINEZ/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 06:23PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 12:07AM

RUSIA: Peluang Rusia meneruskan perjalanannya di Piala Dunia FIFA semakin cerah setelah ia berjaya mengalahkan Mesir 3-1 dalam perlawanan semalam (19 Jun).

Pasukan tuan rumah itu secara automatik layak ke pusingan seterusnya sekiranya Arab Saudi gagal menewaskan Uruguay dalam perlawanan malam ini (20 Jun).

Selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam babak pertama, Rusia meraih gol pertamanya menerusi jaringan sendiri oleh pemain Mesir Ahmed Fathy.

Rusia kemudian menambah lagi dua gol selepas sejam permainan sebelum Mohamad Salah yang kembali daripada kecederaan menyumbatkan gol tunggal buat Mesir.

Rusia berjaya menjaringkan lapan gol dalam dua perlawanan pembukaan Piala Dunia, sekaligus meraih rekod jumlah gol terbanyak bagi negara tuan rumah, yang turut dipegang Itali sejak 1934.

SENEGAL KALAHKAN POLAND

Senegal berjaya mengatasi Poland dalam perlawanan pertama Kumpulan H apabila menang 2-1.

Gol awal Senegal hasil jaringan sendiri Poland pada minit ke-37.

M'Baye Niang mengukuhkan kedudukan pada separuh masa kedua.

Poland cuba bangkit selepas itu, dan mendapatkan gol tunggal empat minit sebelum permainan tamat.

Sumber : AFP/NT/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan