Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2018: Penyokong Jepun berpesta di Tokyo, raikan kemenangan negara

Jepun menjadi pasukan pertama dari Asia yang berjaya menewaskan pasukan lawan dari Amerika Selatan di Piala Dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2018: Penyokong Jepun berpesta di Tokyo, raikan kemenangan negara

Yuya Osaka sambut gol kedua dengan Yuto Nagatomo. (Gambar: DAMIR SAGOLJI/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 06:32PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 06:38PM

TOKYO: Jepun menjadi pasukan pertama dari Asia yang berjaya menewaskan pasukan lawan dari Amerika Selatan di Piala Dunia.

Jepun mencipta sejarah dengan mengalahkan Columbia 2-1.

Columbia bermain dengan 10 orang seawal minit ketiga.

Gol pertama dijaringkan oleh Shinji Kagawa menerusi tendangan penalti, sebelum Colombia menyamakan kedudukan dengan tendangan percuma.

Gol kemenangan Jepun diraih oleh Yuya Osaka menerusi tandukan cantik pada minit ke-73.

Para penyokong pasukan Jepun berpesta di jalan-jalan raya Tokyo selepas permainan selesai, bagi meraikan kemenangan mereka.

Buat masa ini, Jepun berada di kedudukan ke-61 dalam ranking dunia, berbanding Colombia yang berada di tempat ke-16.  

Sumber : AFP/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan