Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2018: Brazil mara peringkat kalah mati

Philippe Coutinho dan Neymar menjaringkan gol pada masa tambahan sekali gus membantu Brazil mara ke peringkat kalah mati selepas pasukan tersebut menewaskan Costa Rica 2-0.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2018: Brazil mara peringkat kalah mati

Gambar: AFP

Diterbitkan : 22 Jun 2018 10:49PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 10:52PM

RUSIA: Philippe Coutinho dan Neymar menjaringkan gol pada masa tambahan sekali gus membantu Brazil mara ke peringkat kalah mati selepas pasukan tersebut menewaskan Costa Rica 2-0.

Coutinho berjaya melepasi jangkauan penjaga gawang pasukan lawan Keylor Nacas pada minit ke-91 sebelum Neymar pula meraih satu lagi gol untuk Brazil.

ARGENTINA MUNGKIN TERSINGKIR

Dalam pada itu, juara dunia dua kali, Argentina diambang penyingkiran kejohanan kali ini selepas kalah besar di tangan Croatia dalam perlawanan kedua kumpulan 'D'.

Croatia memanfaatkan kesilapan penjaga gawang Willy CabaYero, untuk memecahkan kebuntuan dalam babak kedua.

10 minit sebelum wisel penamat, Luka Modric meluaskan jurang gol kepada 2-0 hasil rembatan jarak jauh.

Ivan Rakitich memastikan Croatia menang 3-0 bagi mara ke peringkat kalah mati.

Ini merupakan kekalahan terbesar Argentina dalam masa 60 tahun.

PERANCIS MARA KE PERINGKAT SELANJUTNYA

Dalam kumpulan 'C' pula, Perancis berjaya melangkah ke pusingan kalah mati selepas menundukkan Peru 1-0 dalam perlawanan kedua masing-masing.

Kylian Mbappe menjaringkan gol pada minit 34.

Berusia 19 tahun, Mbappe kini menjadi penjaring gol termuda Perancis dalam Piala Dunia.

HARAPAN AUSTRALIA KE PUSINGAN KALAH MATI TIPIS

Awal dari itu dalam satu lagi perlawanan kumpulan 'C',
harapan Australia untuk mara ke pusingan selanjut amat tipis setelah hanya seri 1-1 semasa bertemu Denmark malam semalam (21 Jun).

Untuk mara ke pusingan kalah mati, Australia kini bergantung kepada Perancis untuk mengalahkan Denmark dan ia sendiri perlu menundukkan Peru dengan jumlah gol lebih besar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan 'C' pada Selasa ini (26 Jun). 

Sumber : AFP/SM/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan