Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2018: Belgium, England, Colombia, Jepun lanjut ke pusingan kalah mati

Gol jaringan Adnan Januzaj memberikan Belgium kemenangan 1-0 ke atas England untuk mengungguli Kumpulan G dalam perlawanan di Kaliningrad semalam (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2018: Belgium, England, Colombia, Jepun lanjut ke pusingan kalah mati

Penjaga gawang England Jordan Pickforn bersedia untuk menyelamatkan bola dari Gary Cahill. (Gambar: PATRICK HERTZOG/AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2018 08:18AM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 08:22AM

RUSIA: Gol jaringan Adnan Januzaj memberikan Belgium kemenangan 1-0 ke atas England untuk mengungguli Kumpulan G dalam perlawanan di Kaliningrad semalam (28 Jun).

Belgium bakal berdepan Jepun dalam aksi kalah mati pada Isnin (2 Julai) manakala England pula bertemu Colombia dalam pusingan kedua pada hari berikutnya (3 Julai).

Dengan England mengakhiri peringkat kumpulan di belakang Belgium, ia terselamat daripada bertembung dengan pasukan-pasukan pilihan Brazil, Argentina dan Uruguay serta juara Eropah, Portugal.

JEPUN LANJUTKAN KEMPEN, COLOMBIA HAMPAKAN SENEGAL 

Jepun menjadi pasukan Asia tunggal mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia, meski kecundang 0-1 di tangan Poland yang sudah pun terkeluar daripada saingan.

Jepun yang terikat jumlah mata dan jaringan gol dengan Senegal, menyingkirkan pasukan itu berdasarkan kutipan kad kuning yang kurang dan memiliki rekod disiplin lebih baik berbanding skuad dari Afrika itu. Ia kali pertama dalam sejarah Piala Dunia yang mana pasukan tersingkir menerusi jumlah kad kuning yang diperolehi. 

Senegal tewas 0-1 di tangan Colombia. Keputusan itu membolehkan Colombia muncul juara kumpulan H.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan