Images
  • bahrain uae
    Pasukan Amiriah Arab Bersatu mencatat keputusan seri 1-1 semasa bertemu Bahrain dalam perlawanan pembukaan kejohanan Piala Asia AFC pada 5 Januari 2019. (Gambar: Hassan Ammar/Associated Press)

Piala Asia AFC buka tirai dengan UAE-Bahrain raih keputusan seri

ABU DHABI: Pasukan Amiriah Arab Bersatu (UAE) mencatat keputusan seri 1-1 semasa bertemu Bahrain dalam perlawanan pembukaan kejohanan Piala Asia AFC ke-17.

Bahrain membuka tirai jaringan pada minit ke-78 dan UAE dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi tendangan penalti.

UAE dan Bahrain berada dalam kumpulan 'A', bersama Thailand dan India.

Upacara perasmian Piala Asia AFC dalam pada itu berlangsung gah di Stadium Bandar Sukan Zayed di Abu Dhabi pada Sabtu (5 Jan).

Secara keseluruhannya, 600 orang terlibat dalam persembahan menarik yang termasuk para penari Ayallah, kelopak-kelopak besar bunga teratai dan replika piala baru kejohanan itu.

Buat pertama kalinya, 24 pasukan bertanding dalam kejohanan kali ini berbanding 16 pasukan pada masa-masa lalu. Di bawah format barunya, 24 pasukan itu dibahagikan kepada enam kumpulan.

Selepas peringkat kumpulan, pertandingannya memasuki tahap kalah mati melibatkan sebanyak 16 pasukan. Australia merupakan juara bertahan.

- Agensi berita/MU/ai

Top