Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki: S'pura gagal mengaum di padang lawan; tewas 1-0 kepada Filipina

Pasukan bola sepak Singapura gagal menyaingi kelincahan Filipina yang dibimbing oleh bekas pengurus pasukan England, Sven-Goran Erikkson.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki: S'pura gagal mengaum di padang lawan; tewas 1-0 kepada Filipina

Pasukan Singapura ditewaskan pasukan Filipina 0-1. (Gambar: affsuzukicup.com)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 11:39PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 11:44PM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Singapura gagal menyaingi kelincahan Filipina yang dibimbing oleh bekas pengurus pasukan England, Sven-Goran Erikkson.

Pasukan Singa akhirnya kecundang 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Panaad di Bacolod City pada malam ini (13 Nov).

Meskipun anak didik Fandi Ahmad cuba mengawal permainan, mereka akhirnya tewas di tangan pasukan tuan rumah yang menjaringkan gol tunggalnya melalui Patrick Reichelt.

Singapura, bagaimanapun, perlu berterima kasih kepada penjaga gawangnya Hassan Sunny yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan gol.

Pasukan tuan rumah hanya berjaya membolosi gawang Singapura pada minit ke-78 melalui rembatan Patrick Reichelt.

Dengan kemenangan ini, keempat-empat pasukan dalam Kumpulan B - iaitu Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura mengutip tiga mata.

Singapura akan berdepan dengan Timor-Leste di Stadium Negara pada 21 November dan kemudian juara bertahan Thailand di padang lawan pada 25 November.

Sumber : CNA/AW/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan