Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki: Pasukan Singa terus mengaum, kalahkan Filipina 2-1

Dua gol hasil tendangan kapten Singapura Hariss Harun dan Faris Ramli meletakkan pasukan Singa ke pusingan kalah mati Piala Suzuki AFF 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki: Pasukan Singa terus mengaum, kalahkan Filipina 2-1

Pemain Singapura, Zulqarnaen Suzliman, menggelecek bola semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Filipina di Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Negara pada 8 Dis 2021. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 12:10AM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 12:13AM

SINGAPURA: Dua gol hasil tendangan kapten Singapura Hariss Harun dan Faris Ramli meletakkan pasukan Singa ke pusingan kalah mati Piala Suzuki AFF 2020.

Pasukan kendalian Tatsuma Yoshida itu menundukkan Filipina 2-1 di Stadium Negara pada Rabu (8 Dis), sekali gus kekal di tangga teratas Kumpulan A selepas dua perlawanan.

Baki dua lagi perlawanan pusingan kumpulan dengan hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya.

Perlawanan babak pertama sengit sehingga Harris berjaya membolosi gawang Filipina pada minit ke-61.

Ini disusuli rembatan gol daripada Faris, dua minit kemudian.

Tandukan pemain Filipina Amin Nazari merapatkan jurang gol pada minit ke-69.

Benteng pertahanan Singapura kekal kukuh hingga ke wisel penamat.

Singapura seterusnya akan berdepan Timor Leste pada Selasa depan (14 Disember) sebelum menentang juara lima kali Thailand pada Sabtu (18 Dis).

Dalam satu lagi perlawanan sebelum ini, Myanmar mengalahkan Timor Leste 2-0.

Ikuti Piala AFF Suzuki 2020 secara LANGSUNG di meWATCH. Daftar sekarang di mewatch.sg/affsuzukicup2020 agar tidak terlepas menyaksikan aksi bersama Mediacorp, penyiar rasmi Singapura bagi Piala AFF Suzuki 2020.

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan