Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki 2020 ditunda lagi ke 2021

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan berlangsung bulan ini ditangguhkan ke Disember 2021, kerana situasi COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki 2020 ditunda lagi ke 2021

Malaysia dan Vietnam raih keputusan seri dalam aksi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018. (Gambar: Vincent Thian/AP)

Diterbitkan : 07 Dec 2020 11:36PM Dikemas Kini : 07 Dec 2020 11:37PM

KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan berlangsung bulan ini ditangguhkan ke Disember 2021, kerana situasi COVID-19.

Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini (7 Dis) berkata, keputusan itu dibuat badan induk itu selepas mengambil perhatian terhadap kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Beliau berkata, walaupun terdapat perkembangan positif berkaitan penemuan vaksin COVID-19, AFF membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dengan meneruskan kejohanan itu mengikut jadual asal.

“Memandangkan kepada kompleksiti dalam penganjuran acara dan ramai orang dan organisasi yang terkesan dengannya, AFF percaya dengan mengambil cara pragmatik dan membuat satu keputusan yang awal yang membolehkan pemegang taruh pada acara itu mempunyai masa yang yang mencukupi untuk menyusun semula aktiviti mereka,” katanya.

Sameth juga menyatakan tarikh baru Piala AFF Suzuki 2020 kini akan berlangsung dari 5 Dis 2021 hingga 1 Jan 2022, akan dapat disesuaikan dengan jadual padat kejohanan bola sepak tahun hadapan.

Pada awalnya kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan diadakan dari 23 Nov ke 31 Dis 2020, namun ditangguhkan ke 11 April ke 8 Mei 2021 akibat pandemik COVID-19.

Malaysia pernah menjuarai Piala AFF Suzuki itu di bawah bimbingan bekas jurulatih K. Rajagobal pada 2010, yang ketika itu dianjurkan oleh Indonesia dan Vietnam.

Sumber : Bernama/SU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan