Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki 2020 ditunda ke April 2021

Piala AFF Suzuki 2020 yang merupakan antara kejohanan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kini dijadualkan semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun hadapan, kata Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada Jumaat (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki 2020 ditunda ke April 2021
Diterbitkan : 26 Sep 2020 10:33AM Dikemas Kini : 26 Sep 2020 10:38AM

KUALA LUMPUR: Piala AFF Suzuki 2020 yang merupakan antara kejohanan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kini dijadualkan semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun hadapan, kata Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada Jumaat (25 Sep).

Badan bola sepak serantau itu berkata keputusan terkini itu diambil dengan matlamat untuk menganjurkan kejohanan itu dalam format sepenuhnya - bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan di seluruh negara Asia Tenggara yang layak. 

AFF dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata selepas berbincang dengan persekutuan bola sepak rantau ini, dan pihak berkuasa berkaitan yang lain, Jawatankuasa Pasukan Petugas Piala Suzuki AFF membuat keputusan bahawa tarikh baru itu mampu disesuaikan dengan jadual perlawanan tempatan. 

Bagaimanapun, AFF akan terus memantau keadaan dengan rapi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan semua pemain, jurulatih, rakan kongsi, peminat dan orang ramai.

Piala AFF, kejohanan bola sepak yang terbesar dan paling berprestij di Asia Tenggara, pada mulanya dijadualkan pada November dan Disember tahun ini namun terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan kerana wabak COVID-19. 

Thailand adalah pasukan yang cemerlang di dalam kejohanan itu, menjuarainya sebanyak lima kali pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016 sementara Malaysia muncul juara pada 2010 di bawah bimbingan Ketua Jurulatih pada masa itu K Rajagobal.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan