Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pesawat pemain bola sepak Sala ditemui

Pesawat hilang yang dinaiki pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, dan juruterbangnya sudah ditemui, kata para penyiasat kepada AFP.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat pemain bola sepak Sala ditemui

Ramai peminat Sala berduka selepas pemain bola sepak kegemaran mereka dilaporkan hilang. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Diterbitkan : 04 Feb 2019 09:19AM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 09:22AM

LONDON: Pesawat hilang yang dinaiki pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, dan juruterbangnya sudah ditemui, kata para penyiasat kepada AFP.

"Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu sudah ditemui," kata seorang jurucakap bagi Cawangan Siasatan Nahas Udara Britain (AAIB).

Beliau menambah, AAIB akan mengeluarkan satu kenyataan.

Sala sedang dalam perjalanan dari Perancis bagi menyertai kelab barunya, Cardiff City, dengan menaiki sebuah pesawat kecil pada 21 Jan apabila ia hilang daripada imbasan radar berdekatan Selat Inggeris.

Serpihan yang dipercayai daripada pesawat tersebut ditemui di kawasan pantai Normandy di Perancis pada Rabu (30 Jan).

Sala menaiki pesawat Malibu jenis Piper PA-46 selepas berpindah ke Cardiff City dari kelab pasukan Perancis, Nantes. Kontrak Sala bernilai €17 juta (S$26.3 juta).

Pesawat hilang daripada imbasan radar sekitar 20 kilometer utara Guernsey, dengan juruterbang Dave Ibbotson satu-satunya individu lain dalam pesawat itu.

David Mearns, yang syarikat persendiriannya, Blue Water Recoveris, menyatakan dalam kiriman tweetnya bahawa bangkai pesawat ditemui awal semalam (3 Feb). Keluarga Sala yang mendapatkan khidmat syarikat itu.

"Terdapat bukti mencukupi bahawa bangkai pesawat berada di dasar laut," tulis beliau sambil menambah: "Kami gembira dapat menyampaikan perkembangan terkini ini."

Para pemain bola sepak terkenal adalah antara lebih 4,500 penyumbang kepada satu usaha mengumpul dana yang berjaya memungut €300,000 (S$465,000) bagi misi mencari pesawat yang hilang itu. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan