Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peru catat kemenangan pertama sejak 1978, namun tetap tersingkir

Peru mencatatkan kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia FIFA sejak 1978 selepas menewaskan Australia 2-0, namun tetap tersingkir.

Anggaran Waktu Membaca:
Peru catat kemenangan pertama sejak 1978, namun tetap tersingkir

Pemain pasukan Peru Christian Cueva (tengah) beraksi dalam perlawanan menentang Australia. (GAMBAR: AFP/Adrian DENNIS)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 08:44AM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 09:05AM

SOCHI: Peru mencatatkan kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia FIFA sejak 1978 selepas menewaskan Australia 2-0.

Australia yang turun ke perlawanan di Stadium Fisht di Sochi memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati namun akhirnya gagal menandingi saingan dari Amerika Selatan itu.

Peru yang sudahpun tersingkir daripada kejohanan mendahului perlawanan pada minit ke-18 menerusi jaringan gol oleh Andre Carrillo yang menerima hantaran Paolo Guerrero.

Australia hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-40 namun tandukan Trent Sainsbury dari jarak dekat tersasar.

Guerrero yang mencipta peluang gol pertama untuk Peru berjaya mencetak namanya sebagai penjaring pada minit ke-50 permainan untuk menggandakan pendahuluan pasukannya.

<<REMOVE: Pemain yang beraksi di Brazil bersama Flamengo itu hampir terlepas aksi di Rusia selepas digantung akibat positif dadah, namun keputusan itu diubah selepas kapten pasukan Australia, Denmark dan Perancis meminta FIFA supaya penggantungan itu ditarik balik.>>

Pada minit ke-60, Tim Cahill turut mempunyai peluang untuk merapatkan kedudukan buat Australia namun rembatannya dihalang.

Walaupun Peru berjaya pertahankan kedudukan hingga ke akhir perlawanan, ia tidak mengubah keadaan bahawa mereka sudahpun tersingkir dari Piala Dunia.

Kali terakhir Peru mencatat kemenangan di kejuaraan sedunia itu adalah pada 11 Jun 1978 selepas menewaskan Iran 4-1.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan