Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Persekutuan Taekwondo S'pura digantung badan pentadbiran dunia

Persekutuan Taekwondo Singapura (STF) digantung oleh badan pentadbiran antarabangsa sukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Persekutuan Taekwondo S'pura digantung badan pentadbiran dunia

Logo Persekutuan Taekwondo Singapura. (Gambar: Singapore Taekwondo Federation/Facebook)

Diterbitkan : 09 May 2019 01:04PM Dikemas Kini : 09 May 2019 01:08PM

SINGAPURA: Persekutuan Taekwondo Singapura (STF) digantung oleh badan pentadbiran antarabangsa sukan itu.

Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menguruskan pemilihan atlit taekwondo bagi Sukan SEA tahun ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Mei), SNOC menyatakan World Taekwondo menghubungi pihaknya pada Oktober lalu bagi menyuarakan "keprihatinan" selepas tujuh anggota jawatankuasa pengurusan STF meletak jawatan. Badan pentadbiran sukan itu juga prihatin mengenai cara perkara itu ditangani.

Badan itu kemudian meminta SNOC agar membantu menilai semula keadaan di STF.

"Berdasarkan dapatan, SNOC amat prihatin mengenai tadbir urus dan kecekapan pengurusan STF," menurut kenyataan itu.

Bagi "mengelak sebarang gangguan pada kemajuan sukan taekwondo di Singapura serta untuk melindungi kepentingan para atlit", SNOC sudah menggantung STF daripada menganggotai majlis tersebut dengan serta merta.

SNOC akan membentuk sebuah Jawatankuasa Persiapan Pertandingan Utama dan bekerjasama dengan Sport Singapore (SportSG) untuk menguruskan pemilihan dan latihan para atlit taekwondo bagi Sukan SEA 2019.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan