Images
  • Tokyo Olympic
    (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

Persekutuan Renang Antarabangsa pertimbang batal kelayakan sukan terjun cantik Olimpik

TOKYO: Persekutuan renang antarabangsa (FINA) sedang menimbangkan untuk membatalkan pusingan kelayakan bagi sukan terjun cantik di Olimpik Tokyo 2020 hujung bulan ini di Tokyo.

Demikian menurut laporan Kyodo pada Jumaat (2 Apr), memetik sumber-sumbernya.

Pusingan akhir kelayakan itu sepatutnya dianjurkan pada 18 April tetapi FINA sedang menimbangkan untuk membatalkannya disebabkan pandemik COVID-19, menurut laporan itu.

- Reuters/NK/nk

Top