Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Persekutuan Bola Sepak ASEAN tangguh beberapa kejohanan akibat wabak COVID-19

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memutuskan untuk menjadualkan semula beberapa kejohanan di bawah sanksi mereka bagi tempoh empat bulan akan datang susulan pandemik global COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Persekutuan Bola Sepak ASEAN tangguh beberapa kejohanan akibat wabak COVID-19

Pasukan Malaysia dalam perlawanan menentang Thailand. (Gambar hiasan: @affsuzukicup/Twitter)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 02:56PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 02:57PM

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memutuskan untuk menjadualkan semula beberapa kejohanan di bawah sanksi mereka bagi tempoh empat bulan akan datang susulan pandemik global COVID-19.

Presiden AFF Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam satu kenyataan hari ini (25 Mac) berkata keputusan itu dibuat susulan penularan wabak COVID-19 dalam sukan bola sepak yang membabitkan perhimpunan besar-besaran, khususnya bagi menjaga dan melindungi keluarga pemain dan juga masyarakat.

"Ini adalah masa yang sukar dan tidak pernah berlaku bagi seluruh dunina, termasuk keluarga dan masyarakat bola sepak kita, namun kita akan dapat mengharunginya bersama. Bagaimanapun, untuk mengharungi situasi ini, kita perlu memainkan peranan masing-masing," katanya.

Salah satu daripada empat kejohanan yang akan ditangguh ke satu tarikh lain pada tahun ini ialah Kejohanan Wanita AFF 2020 di Filipina pada Mei.

Tiga lagi kejohanan ialah Kejohanan Wanita (Bawah 18 Tahun) AFF, Kejohanan Lelaki (Bawah 16Tahun) dan Kejohanan Lelaki (Bawah 19 Tahun) AFF, yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Indonesia masing-masing pada Jun, Julai dan Ogos.

Empat lagi acara AFF bagaimanapun akan berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu Kejohanan Remaja Wanita Bawah 15 AFF di Indonesia (September) serta tiga lagi iaitu Kejohanan Futsal AFF, Kejohanan Kelab Futsal AFF dan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF di Thailand, yang akan diadakan kemudian pada tahun ini.

Sementara itu, Encik Sameth turut mengumumkan bahawa Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) sulung selepas pelancarannya tahun ini, telah dijadualkan semula pada 2021.

Keputusan itu dibuat oleh anggota majlis AFF selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk jadual ketat liga tempatan di negara-negara ASEAN dan pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Memandangkan keadaan semakin buruk, kami akan memantau rapat dan tidak akan teragak-agak untuk melakukan perubahan kepada jadual kami jika perlu.

“Menerusi setiap keputusan yang kami ambil, AFF akan sentiasa mengutamakan kesejahteraan keluarga dan komuniti bola sepak kita,” kata Encik Sameth. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan