Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Persatuan Sukan Layar S'pura perkenalkan pasukan 15 anggota bagi Sukan Asia

Sepasukan 15 atlit sukan layar bakal mewakili Singapura di Sukan Asia yang akan diadakan di Indonesia kelak, umum Persatuan Sukan Layar Singapura hari ini (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Sukan Layar S'pura perkenalkan pasukan 15 anggota bagi Sukan Asia

Gambar: Junn Loh

Diterbitkan : 27 Jun 2018 08:55PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 08:57PM

SINGAPURA: Sepasukan 15 atlit sukan layar bakal mewakili Singapura di Sukan Asia yang akan diadakan di Indonesia kelak, umum Persatuan Sukan Layar Singapura hari ini (27 Jun).

Persatuan tersebut sudahpun meyerahkan senarai pasukannya yang terdiri daripada muka baru dan berpengalaman, kepada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk diluluskan.

Mereka termasuk pasangan Cheryl Teo dan Elisa Yukie Yokoyama, yang membawa pulang pingat emas acara 470 wanita dari Sukan SEA tahun lalu.

Pasukan tersebut berhasrat untuk menambah kepada kejayaan mereka sejauh ini dan bermatlamat menduduki tiga kedudukan pertama.

"Saya rasa lebih kuat dan lebih bersedia berbanding tahun lalu. Kami sudah gigih berlatih dan kami banyak meluangkan masa di darat dan di air. Kami mengalu-alukan penampilan sulung kami bersama di Sukan Asia," kata Yukie.

Para atlit sukan layar Singapura merupakan antara yang terbaik di Asia.

Di Sukan Asia Korea Selatan sebelum ini, Singapura membawa pulang 24 pingat dengan tujuh daripadanya disumbangkan atlit sukan layar (tiga emas, dua perak, dua gangsa) sekali gus membentuk lebih suku daripada keseluruhan pingat yang diraih negara.

Singapura juga berjaya menduduki tempat kedua bersama China dalam termasya itu.

Sukan Asia 2018 akan diadakan di Jakarta dan Palembang, Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan