Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlumbaan Grand Prix M'sia dibatalkan akibat COVID-19

Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2020, salah satu perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Okt hingga 1 Nov, dibatalkan menyusuli pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlumbaan Grand Prix M'sia dibatalkan akibat COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 08:07AM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 08:11AM

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2020, salah satu perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Okt hingga 1 Nov, dibatalkan menyusuli pandemik COVID-19.

Badan pentadbir sukan permotoran - Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (31 Jul) mengumumkan selain pembatalan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), turut dibatalkan adalah perlumbaan GP Argentina dan Thailand.

Bagaimanapun, badan pentadbir sukan permotoran itu memutuskan untuk menambah venue GP (masih belum diputuskan) di Eropah dalam kalendar Kejuaraan MotoGP yang dijadual pada 20-22 Nov, yang juga perlumbaan terakhir musim ini, menjadikan semua perlumbaan MotoGP musim 2020 berlangsung di Eropah.

Dorna Sports iaitu pemegang eksklusif komersial dan hak siaran MotoGP juga memulakan perbincangan dengan pihak Argentina dan Malaysia berhubung tarikh sesuai bagi perlumbaan musim 2021 untuk dicadangkan kepada FIM, dengan beberapa perancangan mengalu-alukan peminat kembali ke litar, sementara persetujuan turut dicapai dengan Litar Chang di Buriram, Thailand untuk berada dalam kalendar perlumbaan sehingga 2026.

Menganjurkan perlumbaan MotoGP sejak 1999, SIC berjaya menarik lebih 100,000 penonton sepanjang  minggu perlumbaan dalam beberapa edisi sebelum ini, selain memberi pengalaman mencabar untuk pelumba dua roda terbaik dunia.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan