Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlawanan sengit jelang suku akhir Piala Dunia

Perancis akan bertemu Argentina 10 malam ini untuk menempa tempat ke pusingan suku akhir. Dalam pusingan kalah-mati itu, pasukan yang kalah akan tersingkir daripada kejohanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlawanan sengit jelang suku akhir Piala Dunia

(Gambar hiasan: Fabrizio Bensch/ Reuters)

Diterbitkan : 30 Jun 2018 08:23PM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 08:28PM

MOSCOW: Perancis akan bertemu Argentina 10 malam ini untuk menempa tempat ke pusingan suku akhir. Dalam pusingan kalah-mati itu, pasukan yang kalah akan tersingkir daripada kejohanan.

Berdasarkan rekod, Perancis tidak pernah kalah dalam pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia. Meskipun begitu, Perancis tidak mahu bersikap sambil lewa.

Jurulatih Didier Deschamps berkata anak didiknya mesti meningkatkan jentera serangan, mentelah lagi ia berdepan dengan Argentina.

Deschamps mengakui para pemainnya mesti berhati-hati dengan penyerang Argentina Lionel Messi yang dianggapnya "boleh mengubah rentak perlawanan."

Argentina pula bersiap untuk menghadapi saingan sengit daripada Perancis, selepas prestasi hambar pada peringkat kumpulan.

Walaupun Argentina mempunyai barisan penyerang yang berbakat, gawangnya tetap dibolosi sekurang-kurangnya satu gol setiap perlawanan, termasuk kekalahan mengejut di tangan Croatia.

Argentina mara ke pusingan kalah mati, menyusuli kemenangan dramatik 2-1 ke atas Nigeria dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

URUGUAY LAWAN PORTUGAL

Turut merebut tempat ke suku akhir malam ini (30 Jun) adalah Uruguay dan Portugal, yang akan berentap dalam perlawanan kalah mati kedua.

Nasib Portugal dan Uruguay dipercayai akan ditentukan oleh pengaruh Luis Suarez dan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan penting ini.

Laluan Portugal dalam peringkat kumpulan sebelum ini dipermudahkan apabila Ronaldo menghasilkan empat daripada lima gol.

Uruguay pula mempunyai rekod bersih dengan tiga kemenangan.

Empat tahun lalu, Suarez membantu Uruguay ke peringkat kalah mati dan ini mungkin kali terakhir Suarez boleh menyumbang kepada negaranya.

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan