Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlawanan Man United-Liverpool ditunda setelah stadium diserbu penyokong

Perlawanan Liga Perdana Manchester United dengan Liverpool ditangguh pada Ahad (2 Mei) setelah para penyokong kelab Man United masuk secara paksa ke dalam stadium dan padang Old Trafford sebagai bantahan terhadap para pemilik kelab itu - keluarga Glazer.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlawanan Man United-Liverpool ditunda setelah stadium diserbu penyokong

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 May 2021 10:00AM Dikemas Kini : 03 May 2021 10:01AM

MANCHESTER, England: Perlawanan Liga Perdana Manchester United dengan Liverpool ditangguh pada Ahad (2 Mei) setelah para penyokong kelab Man United masuk secara paksa ke dalam stadium dan padang Old Trafford sebagai bantahan terhadap para pemilik kelab itu - keluarga Glazer.

"Menyusuli perbincangan antara polis, Liga Perdana, Majlis Trafford dan kelab-kelab, perlawanan kami dengan Liverpool ditunda atas pertimbangan keselamatan menyusuli bantahan hari ini," menurut United dalam satu kenyataan setelah perlawanan itu ditunda.

"Perbincangan kini akan diadakan dengan Liga Perdana bagi menentukan tarikh baru bagi perlawanan itu."

Liverpool mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa mereka bersetuju sepenuhnya dengan keputusan itu.

Sejam sebelum perlawanan dijadual bermula pada pukul 1530 GMT, kedua-dua pemain masih terkandas di hotel mereka. Hotel Lowry, tempat para pemain United sedang melakukan persiapan bagi perlawanan itu, juga merupakan tempat bantahan besar-besaran anti-Glazer.

Sekitar 200 penyokong kelab United menyerbu stadium, sesetengahnya menyalakan suar manakala ada yang membawa poster menyeru supaya keluarga Glazer melepaskan kelab itu yang mereka beli pada 2005.

Perlawanan itu dijadual diadakan secara tertutup kerana sekatan COVID-19 namun itu tidak menghalang keadaan daripada menjadi kecoh di dalam dan di luar stadium Old Trafford.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan