Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlawanan EPL disambung semula pada 17 Jun

Musim Liga Perdana England (EPL)dijadual akan disambung semula pada 17 Jun, tiga bulan setelah ia digantung ekoran pandemik COVID-19, menurut laporan media tempatan pada Khamis (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Perlawanan EPL disambung semula pada 17 Jun

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 29 May 2020 09:26AM Dikemas Kini : 29 May 2020 09:31AM

LONDON: Musim Liga Perdana England (EPL)dijadual akan disambung semula pada 17 Jun, tiga bulan setelah ia digantung ekoran pandemik COVID-19, menurut laporan media tempatan pada Khamis (28 Mei).

Tiada perlawanan diadakan sejak Leicester City menewaskan Aston Villa 4-0 pada 9 Mac.

Kelab-kelab EPL dengan sebulat suara mengundi untuk menyambung semula latihan pada Rabu dan mereka berbincang sekali lagi semalam berhubung hal-hal seperti tarikh untuk menyambung semula perlawanan-perlawanan musim ini.

Agensi berita BBC melaporkan dua perlawanan pertama adalah antara Aston Villa dengan Sheffield United dan pertarungan antara Manchester City dengan Arsenal.

Perlawanan-perlawanan lain akan berlangsung pada hujung minggu antara 19 hingga 21 Jun.
 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan