Images
  • stadium
    (Gambar: Reuters)

Perlawanan akhir Piala FA antara acara rintis kembalikan peminat sukan Britain

LONDON: Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley, London dan Kejohanan Snuker Dunia di Crucible Theatre di Sheffield adalah antara acara-acara rintis yang diaturkan bagi membenarkan orang ramai kembali ke stadium-stadium pada musim panas ini.

Kerajaan Britain bulan lalu merancang pelan empat peringkat bagi melonggarkan sekatan pergerakan COVID-19 England.

Acara-acara rintis itu, yang merupakan sebahagian daripada Program Kajian Acara (ERP), akan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai tahap empat, yang akan bermula pada 21 Jun. Pada tarikh itu, had kontak sosial dan sekatan ke atas acara-acara besar diharap boleh ditarik balik.

London, Liverpool dan Sheffield adalah bandar-bandar yang akan mengambil bahagian dalam program rintis itu, dengan ujian meliputi pelbagai tempat sukan dan budaya.

Keputusan mengenai jumlah penonton yang dibenarkan belum lagi dibuat, tetapi perlawanan akhir Piala FA pada 15 Mei mungkin akan mengalu-alukan lebih 10,000 penonton yang dijangka dibenarkan ke acara terbuka besar dari 17 Mei di bawah tahap ketiga rancangan itu. 

- AFP/NA/na

Top