Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlawanan akhir ke-2 Piala Vietnam-M'sia berlangsung malam ini

Perlawanan akhir kedua Piala antara Vietnam dan Malaysia akan berlangsung sebentar nanti di Stadium My Dinh, Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlawanan akhir ke-2 Piala Vietnam-M'sia berlangsung malam ini

Malaysia dan Vietnam raih keputusan seri dalam aksi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018. (Gambar: Vincent Thian/AP)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 07:53PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 07:59PM

VIETNAM: Perlawanan akhir kedua Piala antara Vietnam dan Malaysia akan berlangsung sebentar nanti di Stadium My Dinh, Vietnam.

Malaysia perlu mendapatkan keputusan seri sekurang-kurangnya 2-2 atau mencatat kemenangan untuk mencerahkan harapan menjulang piala kejohanan.

Ini selepas pasukan Harimau Malaya hanya seri 2-2 di Stadium Bukit Jalil pada Selasa lalu (11 Dis).

Kedua-dua pasukan itu pernah menjuari Piala AFF pada tahun 2008 untuk Vietnam dan tahun 2010 bagi Malaysia.

Lebih 40,000 penonton dijangka membanjiri stadium di Hanoi itu nanti.
Perdana Menteri Malaysia turut memberi kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya.

"Saya ingin ucap selamat bertanding kepada pasukan Harimau Malaya. Buktikan kita mampu tewaskan pasukan lawan. Kepada Ultras Malaya, beri sorakan padu dan tiupkan semangat kepada pasukan kita," ucap Dr Mahathir Mohamad. 

Sumber : Agensi berita/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan