Images
  • kl stadium
    (Gambar: Agensi berita)

Peringkat akhir Piala AFC 2019 akan diadakan di Stadium Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur diumumkan sebagai lokasi perlawanan akhir Piala AFC antara pasukan 4.25 SC Korea Utara dan Al Ahed Lebanon.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan pada Jumaat (25 Okt) menyatakan keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan ke atas stesen penyiaran dan promosi permainan supaya dapat dilihat di seluruh pelusuk Asia.

AFC, walau bagaimanapun, belum memberikan sebab dan alasan mengapa ia memilih Stadium Kuala Lumpur sebagai lokasi bagi perlawanan akhir itu.

Perlawanan akhir itu bakal berlangsung pada 4 November, dua hari lewat daripada jadual asal.

"Kedua-dua persatuan dan kelab persatuan telah dimaklumkan dan AFC meminta maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan," kata AFC dalam satu kenyataan.

Awal minggu lalu, badan pentadbir bola sepak Asia itu mengambil keputusan memindahkan lokasi perlawanan ke Shanghai dari Pyongyang disebabkan sekatan ekonomi antarabangsa yang dikenakan terhadap Korea Utara.

- Agensi berita/HA/ha

Top