Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perancis, Denmark sama-sama mara ke peringkat kalah mati

Peru mengatasi Australia di tempat ketiga dalam kumpulan C meski tersingkir dari Piala Dunia, dengan hanya tiga mata. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis, Denmark sama-sama mara ke peringkat kalah mati

(Gambar: Franck Fife/ AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 09:38PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 09:50PM

MOSCOW: Perancis dan Denmark melayakkan diri ke peringkat kalah mati meskipun seri tanpa gol dalam perlawanan hambar terakhir kumpulan C.

Sebelum perlawanan tersebut, pasukan itu sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya. Ini dijangka mendorong Didier Deschamps untuk merehatkan beberapa pemain utamanya, termasuk Paul Pogba.

Kedua-dua pasukan mengekalkan corak permainan selamat dan memperoleh keputusan diinginkan 0-0.

Perancis meraih banyak peluang untuk membolosi pintu gol lawan tetapi Denmark berjaya bertahan untuk menduduki tangga kedua kumpulan.

Sementara itu, menyusuli kemenangan 2-0 oleh Peru ke atas Australia, Perancis sah mendahului kumpulan C dengan mengutip tujuh mata. Denmark pula di tangga kedua dengan lima mata.

Peru mengatasi Australia di tempat ketiga dalam kumpulan C meski tersingkir dari Piala Dunia, dengan hanya tiga mata.

Menanti Perancis pada 30 Jun ini adalah naib juara Kumpulan D, Argentina, yang mara dengan penuh lega selepas menewaskan Nigeria 2-1.

Denmark akan menentang juara Kumpulan D, Croatia, pada 2 Julai.  

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan