Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyokong West Ham dilarang hadir perlawanan menentang Rapid Vienna

UEFA melarang penyokong West Ham United daripada menghadiri perlawanan Liga Eropah menentang Rapid Vienna di stadium pasukan lawan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong West Ham dilarang hadir perlawanan menentang Rapid Vienna

Penyokong West Ham United menuding jari ke arah para penyokong pasukan lawan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 08:48AM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 08:52AM

REUTERS: UEFA melarang penyokong West Ham United daripada menghadiri perlawanan Liga Eropah menentang Rapid Vienna di stadium pasukan lawan itu.

Ia berikutan gangguan yang tercetus ketika West Ham United berdepan Genk awal bulan ini, menurut kenyataan badan pengawal selia bola sepak Eropah pada Isnin (15 Nov).

Penyokong West Ham didakwa "membuat gangguan awam" dan "mencampak barang-barang" menyusuli perlawanan menentang kelab Belgium itu pada 4 November yang berakhir dengan keputusan 2-2.

UEFA sudahpun mengenakan denda €30,000 (S$46,162) ke atas West Ham dan lagi €4,500 (S$6,924) bagi kedua-dua kesalahan itu.

Sebelum ini, West Ham dan Rapid Vienna masing-masing didenda €60,000 (S$92,325) oleh UEFA atas gangguan serupa selepas berentap di Stadium London pada September. Menyusuli insiden itu, penyokong kelab Austria tersebut juga dilarang daripada menghadiri perlawanan lanjut pasukan itu.

Buat masa ini, West Ham, yang dipimpin David Moyes mendahului Kumpulan H dengan 10 mata daripada empat perlawanan, empat mata di depan Dinamo Zagreb. Pasukan itu akan bertembung dengan Rapid Vienna pada 25 November kelak.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan