Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyokong mungkin boleh menonton acara latihan Olimpik Beijing 2022

Penonton mungkin dipelawa mengikuti acara latihan temasya Olimpik Beijing 2022, menurut pihak penganjur pada Isnin (4 Okt), dalam satu petunjuk tentang apa yang boleh dijangkakan di Sukan Musim Sejuk pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong mungkin boleh menonton acara latihan Olimpik Beijing 2022

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Oct 2021 07:06PM Dikemas Kini : 04 Oct 2021 07:07PM

BEIJING: Penonton mungkin dipelawa mengikuti acara latihan temasya Olimpik Beijing 2022, menurut pihak penganjur pada Isnin (4 Okt), dalam satu petunjuk tentang apa yang boleh dijangkakan di Sukan Musim Sejuk pada tahun depan.

Bagaimanapun, pegawai temasya Beijing 2022 enggan memberi perincian lanjut tentang rancangan bagi penonton, termasuk keperluan COVID-19 dan bagaimana untuk membeli tiket.

"Jika keadaan membenarkan kami akan mengatur supaya penonton boleh menyaksikan pertandingan tertentu," kata pengarah Jabatan Pengurusan Tempat Beijing 2022, di sidang media, merujuk kepada acara latihan yang bermula minggu ini di gelanggang sukan luncur laju kebangsaan dan di lapan tempat Olimpik yang berbeza sebelum hujung tahun ini.

Atlit asing yang mengambil bahagian dalam acara-acara tersebut harus sudah mengambil vaksin COVID-19 dan pada ketibaan di China mesti mematuhi peraturan seperti mengehadkan pergerakan mereka hanya di tempat-tempat pertandingan dan latihan.

Kehadiran lebih 2,000 peserta antarabangsa merupakan "ujian besar" bagi pihak penganjur, kata Timbalan Pengarah Pejabat Kawalan dan Pencegahan COVID-19 Beijing 2022, Huang Chun.

"Ini tentu sekali akan meningkatkan risiko import dan penularan COVID-19," kata Huang.

Tiket bagi temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan dijual hanya kepada penonton dari tanah besar China sementara atlit yang belum divaksin mesti menjalani kuarantin selama 21 hari menjelang temasya sukan itu, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada minggu lalu.

Olimpik Beijing dijadual bermula pada 4 Februari dan ibu kota China itu menjadi bandar pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk setelah mengadakan temasya Olimpik musim panas pada 2008.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan