Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyokong Marseille, Galatasary bergaduh; 3 polis cedera

Tiga pegawai polis cedera selepas bom asap dan mercun dilempar ketika saingan Liga Europa antara Marseille dan Galatasaray di Perancis awal Jumaat (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong Marseille, Galatasary bergaduh; 3 polis cedera

Penyokong Galatasaray menyalakan suar di Stadium Velodrome, Marseille. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 09:59AM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 01:38PM

MARSEILLE: Tiga pegawai polis cedera selepas bom asap dan mercun dilempar ketika saingan Liga Europa antara Marseille dan Galatasaray di Perancis awal Jumaat (1 Okt).

Perlawanan di Stade Velodrome tergendala selama lapan minit pada separuh pertama apabila objek dibaling dari tempat penyokong kelab Turki itu berkumpul, kata pegawai.

Berlaku juga pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum keadaan kembali tenang.

"Malam ini 550 anggota polis dikerahkan ke perlawanan bola sepak itu. Tiga daripada mereka cedera, mereka sentiasa mendapat sokongan penuh daripada kami," kata ketua polis, Frederique Camilleri menerusi Twitter.

Penyokong Galatasaray dilarang keluar dari Turki bagi perlawanan berisiko tinggi.

Bagaimanapun kelab tersebut masih mempunyai ribuan penyokong di seluruh Eropah.

"Penyokong amat penting bagi kami. Saya meminta mereka bertenang. Mereka mendengar apa yang saya katakan," kata jurulatih Galatasary, Fatih Terim.

Perlawanan itu berkesudahan seri 0-0.

Sumber : AFP/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan