Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyokong Liga Perdana Singapura tidak lagi perlu ujian COVID-19 mulai perlawanan minggu ini

Mulai hujung minggu ini, ujian COVID-19 tidak akan diwajibkan bagi 250 penyokong perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL), menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Rabu (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong Liga Perdana Singapura tidak lagi perlu ujian COVID-19 mulai perlawanan minggu ini

(Gambar: Facebook/Liga Perdana Singapura)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 06:34PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 06:36PM

SINGAPURA: Mulai hujung minggu ini, ujian COVID-19 tidak akan diwajibkan bagi 250 penyokong perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL), menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Rabu (21 Apr).

Langkah itu diumumkan selepas kemasukan bersyarat dilaksanakan pada 10 Apr, kali pertama peminat dapat menonton perlawanan secara langsung sejak hari terakhir musim 2020 pada Disember.

Menjelaskan proses mendapatkan tiket dalam satu kenyataan media, FAS menyatakan bahawa peminat perlu membeli tiket dari pondok khusus di tempat perlawanan, yang akan bermula beroperasi dua jam sebelum perlawanan bermula.

Tiket berharga S$8 bagi orang dewasa, sementara harga istimewa ditetapkan pada harga S$5. Penjualan tiket akan diuruskan oleh kelab-kelab liga.

Gelang tangan akan diberikan kepada setiap pemegang tiket apabila mereka memasuki tempat perlawanan, yang akan dibuka sejam sebelum perlawanan bermula.

"Peminat yang masuk stadium harus patuh protokol jarak selamat serta keselamatan biasa di perlawanan, termasuk pemeriksaan beg.

"Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya tidak membawa beg serta barangan terlarang, apabila menghadiri perlawanan-perlawanan itu," menurut FAS.

FAS juga menasihatkan peminat supaya tiba awal bagi mengelak kesesakan, dan mematuhi peraturan terkini COVID-19.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan