Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyokong Korea kecewa Ronaldo terlepas perlawanan Juventus menentang pasukan Liga K

Juventus terikat 3-3 dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan 'all-star' Liga Korea namun seramai 60,000 penyokong tidak dapat menyembunyikan kekecewaan kerana Cristiano Ronaldo tidak beraksi dalam perlawanan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong Korea kecewa Ronaldo terlepas perlawanan Juventus menentang pasukan Liga K

Gambar fail Ronaldo. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Jul 2019 10:01AM Dikemas Kini : 27 Jul 2019 10:06AM

SEOUL: Juventus terikat 3-3 dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan 'all-star' Liga Korea namun seramai 60,000 penyokong tidak dapat menyembunyikan kekecewaan kerana Cristiano Ronaldo tidak beraksi dalam perlawanan tersebut.

Ronaldo kekal di bangku simpanan sepanjang perlawanan itu dan tidak mengendahkan permintaan para penyokong yang mahu melihat penyerang itu beraksi.

Bintang dari Portugal itu tidak dapat beraksi memandangkan pasukan Itali itu tiba di Korea Selatan pada sebelah petang selepas penerbangan dari Nanjing mengalami kelewatan dan perlawanan dijadual berlangsung hanya lima jam selepas mereka tiba di negara itu.

Perlawanan itu ditangguhkan selama sejam dan pemain tengah Sepanyol, Osmar Barba yang beraksi bersama Seoul FC meletakkan pasukan 'all-star' terlebih dahulu di hadapan.

Simone Muratore kemudiannya menjaringkan gol bagi pasukan Itali itu. Namun penyerang Daegu FC, Cesinha menjaringkan gol kedua untuk Liga K pada minit ke-44 sebelum penyerang Suwon Bluewings, Adam Taggart, melebarkan jurang pada minit ke-49.

Pemain tengah, Blaise Matuidi merapatkan jurang pada minit ke-77 sebelum Matheus Pereira menjaringkan gol penyamaan dua minit kemudian.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan