Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyerang Sepanyol Torres umumkan persaraan

Mantan pemain penyerang kelab Liverpool and Chelsea, Fernando Torres mengumumkan bersara dari dunia bola sepak pada Jumaat (21 Jun), lantas menamatkan kerjayanya sepanjang 18 tahun yang penuh gemilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyerang Sepanyol Torres umumkan persaraan

Mantan pemain penyerang kelab Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres. (Gambar fail: AFP/Gabriel Bouys)

Diterbitkan : 22 Jun 2019 12:04AM Dikemas Kini : 22 Jun 2019 12:09AM

TOKYO: Mantan pemain penyerang kelab Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres mengumumkan bersara dari dunia bola sepak pada Jumaat (21 Jun), lantas menamatkan kerjayanya sepanjang 18 tahun yang penuh gemilang.

Semasa mewakili Liverpool selama empat musim, Torres berjaya menjaringkan 81 gol dan merangkul Liga Juara-juara, Liga Europa dan Piala FA pula dengan Chelsea.

Warga Sepanyol berusia 35 tahun itu beraksi di Jepun dengan menyertai kelab Sagan Tosu pada Julai tahun lalu sejak meninggalkan Atletico Madrid.

Namun prestasinya di Jepun tidak boleh menandingi aksinya bersama dengan kelab-kelab Liga Perdana Liverpool dan Chelsea atau pasukan Itali AC Milan.

Torres dijangka memberikan butiran tentang persaraan dan rancangan masa depannya semasa satu sidang media di Tokyo pada Ahad ini.

"Setelah 18 tahun yang memberangsangkan, kini sampai masanya untuk menamatkan kerjaya bola sepak saya," kata Torres dalam catatan Twitternya.

Torres memulakan kerjaya di Sepanyol pada 2003 dan menjaringkan gol penentu semasa perlawanan akhir Euro 2008 dengan Jerman sebelum beliau mengharumkan nama negaranya dengan kemenangan Piala Dunia buat julung-julung kalinya pada 2010.

Beliau juga mejaringkan jumlah gol tertinggi semasa Euro 2012 yang membolehkan Sepanyol mempertahankan kejuaraannya.

Torres menjaringkan jumlah 38 gol semasa 110 penampilan mewakili negaranya lantas meletakannya sebagai penjaring jumlah gol ketiga tertinggi selepas David Villa (59 gol) dan Raul (44 gol).

Torres menikmati kegemilangan semasa beraksi dengan Liverpool antara 2007 hingga 2011, dengan 81 jaringan gol dalam 142 perlawanan pelbagai pertandingan.

Beliau berpindah ke Chelsea dari Liverpool dengan yuran perpindahan rekod ketika itu sebanyak ₤50 juta (S$85.9 juta) dan memenangi Piala FA, Liga Juara-Juara dan Liga Europa sekali gus dengan kelab London itu. 

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan