Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyerang Man City Sergio Aguero dikhuatiri terkena jangkitan COVID-19

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero sedang mengasingkan diri setelah berhubung rapat dengan seseorang yang disahkan positif COVID-19, dedah pengurus pasukan Pep Guardiola.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyerang Man City Sergio Aguero dikhuatiri terkena jangkitan COVID-19

Gambar fail penyerang Man City, Sergio Aguero (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Jan 2021 10:01AM Dikemas Kini : 11 Jan 2021 10:03AM

REUTERS: Penyerang Manchester City, Sergio Aguero sedang mengasingkan diri setelah berhubung rapat dengan seseorang yang disahkan positif COVID-19, dedah pengurus pasukan Pep Guardiola.

Aguero dijangka turun padang dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA England menentang Birmingham City pada Ahad (10 Jan) tetapi namanya tidak disenaraikan dalam pasukan City yang menang 3-0 hasil sumbangan dua gol Bernardo Silva dan satu lagi dari Phil Foden.

"Malangnya beliau berhubung rapat dengan seseorang yang positif (COVID-19). Beliau perlu mengasingkan diri selama beberapa hari," kata Guardiola mengenai Aguero, yang sudah bermain dalam sembilan perlawanan sejauh ini.

"Saya tidak begitu pasti kerana beliau seperti kita semua sudah diuji sebanyak enam kali dalam tempoh 10-15 hari lalu dan hasil ujiannya negatif.

"Hari ini saya rasa dia juga diuji negatif tetapi mengikut protokol dia perlu diasingkan dan bagi sesetengah kes kami dibenarkan untuk bermain."

City baru-baru ini bergelut dengan penularan COVID-19, dengan enam pemainnya diuji positif. Perlawanan Liga Perdana menentang Everton terpaksa ditunda dan padang latihan mereka ditutup selama dua hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Penjaga gawang Scott Carson, pemain pertahanan Eric Garcia dan pemain midfield Cole Palmer juga sedang diasingkan setelah diuji positif COVID-19.

Guardiola bagaimanapun mendedahkan bahawa pemain pertahanan, Aymeric Laporte, yang belum lagi turun padang sejak City menewaskan Arsenal bulan lalu, semakin beransur pulih daripada kecederaannya.

"Laporte berlatih seorang diri semalam," katanya. "Kami berharap dalam masa seminggu (beliau akan turun padang). Saya tidak dapat meramal dengan tepat, tetapi mungkin dalam seminggu, 10 hari beliau akan pulih sepenuhnya."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan