Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyelamat Britain lancar usaha keluarkan mayat dari pesawat Sala

Para penyiasat nahas Britain melancarkan satu operasi dasar laut pada Selasa (6 Feb) bagi membawa keluar mayat yang ditemui dalam bangkai pesawat yang dinaiki pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyelamat Britain lancar usaha keluarkan mayat dari pesawat Sala

Bangkai pesawat yang dipercayai membawa pemain bola sepak Emiliano Sala. (Gambar: AAIB)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 09:47AM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 09:54AM

LONDON: Para penyiasat nahas Britain melancarkan satu operasi dasar laut pada Selasa (6 Feb) bagi membawa keluar mayat yang ditemui dalam bangkai pesawat yang dinaiki pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala.

"Kami sedang berusaha untuk membawa keluar mayat itu. Jika kami berjaya, kami akan menimbangkan kemungkinan membawa keluar bangkai pesawat tersebut," kata jurucakap Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dalam kenyataannya.

Pesawat kecil yang membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterbang David Ibbotson ke Cardiff bagi menyertai kelab Liga Perdana England Cardiff City dilaporkan hilang dekat Pulau Guernsey di Britain pada 21 Januari.

(Gambar: @emilianosala9/Instagram)

Keluarga Sala mendapatkan khidmat penyiasat nahas pesawat dengan bantuan dana yang didermakan oleh bintang-bintang bola sepak seperti Lionel Messi, yang kemudian berjaya menenui bangkai pesawat tersebut pada Ahad (3 Feb).

Sejak itu, AAIB sudahpun mengambil alih operasi tersebut. Pada Isnin (4 Feb), AAIB mendedahkan bahawa ia menemui mayat yang tidak dikenal pasti di tempat kejadian.

Bagaimanapun semalam (5 Feb), AAIB memberi amaran bahawa dengan pukulan ombak besar "ini bermakna kami hanya boleh menggunakan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi tempoh terhad setiap hari".

"Apa pun keputusannya, kami tidak akan mengulas lanjut sehingga keluarga para mangsa sudah dimaklumkan," katanya.

Penyiasat nahas pesawat, David Mearns, sebelum ini memberi amaran bahawa "masa sangat penting" dalam operasi dasar laut seumpama ini yang dilancarkan oleh Britain itu.

"Kini tiada lagi harapan," kata Horacio Sala, bapa Emiliano, kepada Fox Sports sambil akur bahawa tiada lagi harapan bahawa anaknya masih hidup.

"Kami berharap kedua-dua mayat berada di dalam pesawat itu. Semuanya sudahpun berakhir, yang penting saya harap kami dapat menemui mereka."

(Gambar: Sophie Ramis, Juliette Vilrobe danJonathan Water/AFP)

(Gambar: Sophie Ramis, Juliette Vilrobe danJonathan Water/AFP)

Encik Mearns berkata dua kusyen tempat duduk yang ditemui di kawasan perairan Perancis pada minggu lalu menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai akibat nahas tersebut.

Keluarga Sala mengumpul dana lebih 370,000 euro (S$570,300) menerusi satu kempen online bagi membayar khidmat operasi mencari privet itu.

"Saya rasa tiada sesiapa pun yang mungkin akan mencari pesawat itu jika mereka tidak berbuat demikian," katanya.

"Kami diberitahu oleh AAIB bahawa mereka berpendapat operasi tersebut tidak akan membuahkan hasil," katanya.

Namun, AAIB menyewa sebuah kapal untuk menyertai Encik Mearns dalam operasinya pada Ahad (3 Feb). 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan