Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi pop Pink mahu bayarkan denda 'seksis' ke atas pasukan bola baling wanita Norway

Bintang pop Amerika Syarikat, Pink, menawarkan untuk membayarkan denda "seksis" yang dikenakan ke atas pasukan bola baling pantai wanita Norway setelah pasukan itu enggan memakai seluar bikini semasa satu perlawanan Euro 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi pop Pink mahu bayarkan denda 'seksis' ke atas pasukan bola baling wanita Norway

Bintang pop Pink semasa acara Super Bowl di Minneapolis, Minnesota pada Feb 2018. (Gambar fail: AFP/Rob Carr)

Diterbitkan : 27 Jul 2021 10:53AM Dikemas Kini : 27 Jul 2021 10:56AM

WASHINGTON: Bintang pop Amerika Syarikat, Pink, menawarkan untuk membayarkan denda "seksis" yang dikenakan ke atas pasukan bola baling pantai wanita Norway setelah pasukan itu enggan memakai seluar bikini semasa satu perlawanan Euro 2021.

Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) memerintahkan pasukan itu untuk membayar 1,500 euro (S$2,400) setelah mereka memakai seluar pendek dan bukannya pakaian renang ketika tewas di tangan Sepanyol semasa perlawanan pingat gangsa di Varna, Bulgaria.

Pink, pemenang Anugerah Grammy sebanyak tiga kali, menulis di Twitter bahawa beliau akan membayar denda itu sambil menyelar badan tersebut dan menggalakkan para pemain untuk terus memakai pakaian lebih tertutup.

"Saya SANGAT Bangga dengan pasukan bola baling pantai wanita Norway kerana MEMBANTAH PERATURAN SANGAT SEKSIS BERHUBUNG 'pakaian seragam' mereka," tulis penyanyi Get The Party Started itu di Twitter.

"Persekutuan bola baling Eropah PATUT DIDENDA ATAS KESALAHAN SEKSISME. Syabas, pasukan wanita. Saya gembira untuk bayarkan denda anda. Teruskan perjuangan."

Pegawai-pegawai sukan Norway sudahpun menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan keputusan denda itu.

"Pada 2021, seharusnya (hal ini) tidak menjadi masalah," kata Eirik Sordahl, presiden Persekutuan Bola Tampar Norway.

Pakaian sudah sekian lama menjadi isu pertikaian dalam sukan pantai, dengan sebilangan pemain wanita mendapati bahagian seluar bikini merendahkan kehormatan atau tidak praktikal.

Pasukan Norway mengucapkan terima kasih kepada para penyokongnya di media sosial, menyusuli tentangan antarabangsa terhadap denda itu.

Di pihak EHF, yang akur terhadap reaksi marah berhubung keputusannya, mengumumkan bahawa ia sudah mendermakan denda itu kepada "sebuah yayasan sukan antarabangsa utama yang menyokong kesaksamaan bagi wanita dan gadis dalam sukan".

Meskipun bikini tidak diwajibkan bagi pemain bola tampar pantai sejak 2012, peraturan Persekutuan Bola Baling Antarabangsa menetapkan bahawa "atlit wanita mesti memakai seluar bikini".

Sementara itu atlit lelaki bermain dengan memakai seluar pendek.

"Ia sangat tidak masuk akal," kata Menteri Kebudayaan dan Sukan Norway, Abid Raja, di Twitter setelah keputusan denda diumumkan Isnin lalu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan