Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyambung Amanah Silat Seni Gayong PASAK S’pura Mohamed Rahim Hussain meninggal dunia

Presiden Silat Seni Gayong PASAK Singapura Mohamed Rahim  Hussain meninggal dunia pada Sabtu petang (2 May).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyambung Amanah Silat Seni Gayong PASAK S’pura Mohamed Rahim Hussain meninggal dunia

Penyambung Amanah selaku Presiden Silat Seni Gayong PASAK Singapura Mohamed Rahim Haji Hussain meninggal dunia pada 2 Mei 2020. (Gambar: Khaizuran Ahmad/Facebook)

SINGAPURA: Presiden Silat Seni Gayong PASAK Singapura Mohamed Rahim Hussain meninggal dunia pada Sabtu petang (2 May).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 5.35 petang di Hospital Tan Tock Seng akibat serangan angin ahmar.

BERITAmediacorp difahamkan beliau dimasukkan ke hospital pada Rabu (29 Apr) disebabkan pembekuan darah di otak, hanya dua hari selepas ulang tahunnya yang ke-68.

Allahyarham merupakan anak tunggal Pengasas Silat Seni Gayong PASAK Singapura, Allahyarham Hussain Kaslan. Beliau meninggalkan empat orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Adik angkat Allahyarham, Masariah Amo’in, 52 tahun mengongsi bersama BERITA, bahawa jenazah abangnya dibawa pulang dari hospital dan kini berada di rumah anak beliau di Jalan Kayu.

Jenazah akan dikebumikan esok (3 Mei) pada 10.00 pagi. Walau bagaimanapun disebabkan situasi COVID-19 di Singapura, hanya anggota keluarga terdekat dibenarkan masuk ke Pusara Aman.

Cik Masariah menambah bahawa beliau sudahpun memaklumkan kepada kenalan Allahyarham dan memohon maaf kerana mereka tidak dapat ikut mengiringi jenazah ke kubur.

“Maaf anda tidak dapat hadir. Namun, saya berharap doa orang ramai termasuk mereka yang mengenalinya di rantau ini dan di beberapa negara merata dunia,” luah Cik Masariah sebagai mewakili keluarga Allahyarham Mohamed Rahim. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan