Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penonton cetus kemalangan berantai di Tour de France dihadapkan ke mahkamah

Penonton yang menyebabkan kemalangan berantai di peringkat pertama Kejohanan Lumba Basikal Perancis 'Tour de France' pada Jun dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Penonton cetus kemalangan berantai di Tour de France dihadapkan ke mahkamah

(Gambar fail: REUTERS/Jean-Paul Pelissier)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 07:35PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 07:42PM

BREST, Perancis: Penonton yang menyebabkan kemalangan berantai di peringkat pertama Kejohanan Lumba Basikal Perancis 'Tour de France' pada Jun dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (14 Okt).

Kesatuan pelumba basikal berharap agar perbicaraan tersebut akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai risiko keselamatan dalam kejohanan lumba basikal.

Wanita warga Perancis itu, yang namanya tidak didedahkan, menyebabkan seorang pelumba basikal terjatuh - dengan puluhan lagi turut mengalami nasib yang sama - disebabkan oleh kadbod besar yang dipegangnya di hadapan kamera televisyen.

Wanita muda itu, yang menurut seorang pendakwa berasa malu atas perbuatannya, dituduh secara tidak sengaja menyebabkan kecederaan dan membahayakan nyawa orang lain dan dia berdepan dengan denda dan hukuman penjara.

"Orang ramai memainkan peranan penting dalam sesebuah perlumbaan basikal, ia harus kekal seperti itu, tetapi harus dilakukan dengan menghormati integriti fizikal pelumba basikal," kata Romuald Palao, seorang peguam untuk Persatuan Pelumba Basikal Profesional (CPA), yang terlibat dalam perbicaraan tersebut.

"Kes ini menggambarkan apa yang boleh berlaku jika sesetengah individu mementingkan diri sendiri dengan memetik gambar, video. Ini sepatutnya dilakukan dengan pertimbangan yang betul dan malangnya pertimbangan itu tidak diamalkan."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan