Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penjaga gawang Arsenal Petr Cech bersara hujung musim

Penjaga gawang pasukan Arsenal, Petr Cech mengumumkan pada Selasa (15 Jan) bahawa beliau akan bersara pada hujung musim ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaga gawang Arsenal Petr Cech bersara hujung musim

Penjaga gawang Arsenal Petr Cech (Gambar: AFP/Adrian Dennis)

Diterbitkan : 16 Jan 2019 08:09AM Dikemas Kini : 16 Jan 2019 08:11AM

LONDON: Penjaga gawang pasukan Arsenal, Petr Cech mengumumkan pada Selasa (15 Jan) bahawa beliau akan bersara pada hujung musim ini.

Pemain berusia 36 tahun yang pernah menjulang empat piala Liga Perdana bersama Chelsea, mendedahkan keputusannya di Twitter.

Beliau menulis: "Ini musim ke-20 sebagai seorang pemain profesional dan sudah masuk 20 tahun sejak saya menandatangani kontrak profesional, jadi sudah tiba masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya akan bersara pada hujung musim ini."

Rakyat Czech itu yang pada 2004 mula bermain dalam Liga Perdana England bersama Chelsea sebelum berpindah ke Arsenal pada 2015, menambah: "Selepas bermain 15 tahun dalam Liga Perdana dan memenangi setiap piala yang ada, saya rasa saya sudah mencapai semua yang saya impikan.

"Saya akan terus bekerja keras di Arsenal dengan harapan menjulang satu lagi piala musim ini, kemudian saya tidak sabar menanti kehidupan di luar padang."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan