Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pengurus Tottenham sifatkan Dembele 'setaraf Maradona'

Tottenham akan berkunjung Crystal Palace esok, dan pengurusnya Mauricio Pochettino dengan penuh semangat membuat perbandingan pemain tengahnya Mousa Dembele dengan legenda bola sepak Diego Maradona.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurus Tottenham sifatkan Dembele 'setaraf Maradona'

Gambar: Mousa Dembele/Facebook

Diterbitkan : 24 Feb 2018 03:56PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 03:57PM

LONDON: Tottenham akan berkunjung Crystal Palace esok, dan pengurusnya Mauricio Pochettino dengan penuh semangat membuat perbandingan pemain tengahnya Mousa Dembele dengan legenda bola sepak Diego Maradona.

"Saya sudah katakan sebelum ini dia mempunyai bakat luar biasa dalam sukan bola sepak," kata pengurus Spurs tentang pemain Belgium itu.

"Saya meletakkannya setanding dengan Ronaldinho, Maradona, (Jay-Jay) Okocha - para pemain yang saya beruntung kerana pernah bermain bersama mereka.

"Bagi saya, dia adalah antara pemain berbakat luar biasa dalam sejarah bola sepak. Sekarang ini dia menikmati detik paling menakjubkan dan bagi saya, dia sememangnya patut menerima pujian-pujian yang diberi."

Komen itu tentu sekali menarik perhatian kedua-dua pasukan ketika Tottenham bertekad memintas Chelsea dan Liverpool yang kini mendahuluinya dalam Liga Perdana England.

Jurulatih kelahiran Argentina itu bakal menurunkan skuad penuh untuk beraksi esok. Hanya Toby Alderweireld, pemain barisan pertahanannya yang dikhuatiri tidak dapat beraksi kerana masalah hamstring yang dialami pada sesi latihan Khamis lalu (22 Feb).

Pemain 28 tahun itu, yang juga rakan senegara Dembele dijangka menjadi pemain utama dalam percubaan pasukannya menjulang Piala Dunia buat kali pertama pada musim panas.

Disember lalu, Tottenham menewaskan Palace 1-0 di stadium Wembley semasa Roy Hodgson berusaha menyelamatkan pasukannya daripada tersingkir dari Liga Perdana selepas menggantikan pengurus mereka, Frank de Boer sebulan sebelumnya.

"Roy dan pasukannya sedang menunjukkan prestasi baik," kata Pochettino.

"Saya mengalu-alukan pertemuan kita nanti. Tetapi bagi saya, ia seakan satu peperangan.

"Memang ia mencabar. Amat penting bagi kami untuk mendapatkan tiga mata, untuk empat tempat pertama. Matlamatnya adalah untuk menang. Tiga mata itu penting buat kami."  

Sumber : AFP/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan