Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pengarah Kreatif Sukan Olimpik Tokyo tanggung padah mulut celupa

Pengarah Kreatif Sukan Olimpik Tokyo memutuskan untuk meletak jawatan selepas mengeluarkan kenyataan menghina terhadap seorang pelawak wanita Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah Kreatif Sukan Olimpik Tokyo tanggung padah mulut celupa

Encik Hiroshi Sasaki. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2021 11:19AM Dikemas Kini : 18 Mar 2021 11:22AM

TOKYO: Pengarah Kreatif Sukan Olimpik Tokyo memutuskan untuk meletak jawatan selepas mengeluarkan kenyataan menghina terhadap seorang pelawak wanita Jepun.

Encik Hiroshi Sasaki mengumumkan keputusannya itu menyusuli laporan pada Rabu (17 Mac), yang melaporkan bahawa beliau menyarankan penghibur berbadan gempal, Naomi Watanabe tampil di pentas sebagai seekor babi di upacara perasmian temasya sukan itu.

Encik Sasaki yang kesal dengan kenyataan itu mengakui ia adalah satu penghinaan terhadap pelawak itu dan berkata kenyataannya itu tidak dapat ditarik balik.

"Jauh di lubuk hati saya sangat kesal dengan perkara ini dan saya memohon maaf kepada beliau dan semua yang terkesan dengan kenyataan saya," katanya.

Encik Sasaki berkata, keputusannya untuk meletak jawatan sudah dimaklumkan kepada Ketua Sukan Olimpik Tokyo, Seiko Hashimoto, lewat Rabu dan akan secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Tokyo 2020 sudah merancang untuk mengadakan sidang media hari ini bagi menangani isu itu.

Majalah tempatan sebelum ini melaporkan cadangan Encik Sasaki untuk Watanabe muncul sebagai 'Olympig' dengan memakai telinga babi di upacara perasmian sukan tersebut pada tahun lalu.

Saranan yang diketengahkan menerusi kumpulan sembang itu ditolak bulat-bulat oleh rakan-rakan kerja Encik Sasaki yang menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Encik Sasaki dilantik sebagai Pengarah Kreatif bagi upacara perasmian dan upacara penutup Sukan Olimpik Tokyo pada Disember tahun lalu, tetapi sudah memainkan peranan penting dalam beberapa acara berkaitan Sukan Olimpik itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan