Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penganjur Tokyo 2020 tawarkan vaksin COVID-19 kepada relawan

Para penganjur Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan memberi peluang kepada semua 700,000 relawan yang bertugas bagi temasya sukan itu untuk menerima vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur Tokyo 2020 tawarkan vaksin COVID-19 kepada relawan

Seorang lelaki mendapatkan vaksin Moderna di bangunan Pemerintah Metropolitan Tokyo di Tokyo, Jepun, pada 25 Jun 2021. (Gambar: Rodrigo Reyes Marin/Pool menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 26 Jun 2021 07:33PM Dikemas Kini : 26 Jun 2021 07:34PM

TOKYO: Para penganjur Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan memberi peluang kepada semua 700,000 relawan yang bertugas bagi temasya sukan itu untuk menerima vaksin COVID-19.

Demikian menurut laporan akhbar Nikkei pada Sabtu (26 Jun), menukil para penganjur.

Menurut Nikkei, sesetengah relawan bahkan sudahpun menerima vaksin mereka.

Para penganjur Tokyo 2020 bagaimanapun tidak segera memberikan jawapan ketika diminta untuk mengulas perkara itu.

Awal bulan ini, stesen penyiar awam NHK melaporkan sekitar 10,000 daripada 80,000 relawan yang mendaftarkan diri untuk membantu semasa Sukan tersebut sudahpun menarik diri.

Pelbagai tinjauan pendapat menunjukkan sebahagian besar responden menentang penganjuran Sukan itu pada musim panas ini sewaktu pandemik COVID-19.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan