Images
  • oly tok
    Harga tiket Sukan Olimpik Tokyo tidak jauh berbeza dengan Sukan Olimpik London 2012. (Gambar: AFP/JIJI PRESS)

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 umumkan harga tiket

TOKYO: Pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengumumkan harga tiket bagi temasya sukan itu bermula dari 2020 yen (S$24) sehingga AS$2,760 (S$3,764), sebahagian besarnya tidak jauh berbeza dengan harga semasa di Olimpik London pada 2012.

Lebih separuh daripada tiket yang dijual berharga kurang 8,000 yen (S$96), menurut pihak penganjur.

Tiket bagi upacara pembukaan lebih mahal, antara 12,000 yen (S$150) sehingga 300,000 yen (S$3,642), berbanding acara sukan yang lebih murah.

Harga tiket bagi acara padang dan balapan merupakan sukan paling mahal di Tokyo 2020, dijual dengan harga antara 3,000 yen (S$36) hingga 130,000 yen (S$1,585).

Tiket akan mula dijual di Jepun pada musim bunga tahun depan dengan tarikhnya belum ditetapkan. Para peminat Sukan Olimpik yang ingin mendapatkan tempat duduk pilihan perlu mendaftar secara online dahulu di laman: https://id.tokyo2020.jp.

Penjualan tiket di luar negeri pula berbeza, bergantung pada negara masing-masing.

- AFP/HS/hs

Top