Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 ambil pendekatan luar biasa dengan katil kadbod

Para atlit yang bertanding dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan diberikan tempat tidur diperbuat daripada kadbod yang boleh dikitar semula dengan tilam diperbuat daripada bahan polietiliena yang akan digunakan semula bagi produk-produk plastik selepas pertandingan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur Olimpik Tokyo 2020 ambil pendekatan luar biasa dengan katil kadbod

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Jan 2020 12:26PM Dikemas Kini : 10 Jan 2020 12:28PM

TOKYO: Para atlit yang bertanding dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan diberikan tempat tidur diperbuat daripada kadbod yang boleh dikitar semula dengan tilam diperbuat daripada bahan polietiliena yang akan digunakan semula bagi produk-produk plastik selepas pertandingan tersebut.

Katil dan tilam mesra alam itu dipamerkan kepada pihak media buat kali pertama pada Khamis (9 Jan) dalam sebuah apartmen pameran di ibu pejabat Tokyo 2020, namun tempat penginapan di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah siap dibina pada Disember lalu.

Secara keseluruhan, 18,000 katil diperlukan di kawasan penginapan itu yang terletak di Tokyo Bay dengan pemandangan ikonik Jambatan Pelangi apabila Sukan Olimpik berlangsung mulai 24 Julai. Hanya 8,000 katil demikian diperlukan dalam Sukan Paralimpik.

Berukuran sepanjang 2.1 meter, katil-katil itu sesuai bagi semua atlit kecuali yang tertinggi. Syarikat pembuat katil itu, Airweave turut yakin katil-katil itu boleh menampung berat hingga 200 kilogram, iaitu lebih daripada berat sebarang atlit yang ditimbang sewaktu Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Pembinaan kawasan bersama di tempat penginapan Olimpik, seperti dewan jamuan dan plaza kampung masih sedang dijalankan. Setelah tamat Sukan Olimpik itu, unit-unit apartmen akan dijual dalam pasaran swasta pada harga daripada sekitar AS$457,000 (S$617,000).

Pihak penganjur menjalankan usaha bersepadu bagi mengurangkan pengeluaran karbon daripada acara Sukan Olimpik tersebut, menurut Junichi Fujino, seorang pengkaji persekitaran berhubung pasukan petugas itu.

Kesemua pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan diperbuat daripada bahan besi yang diperolehi dari barangan elektronik pengguna yang dikitar semula termasuk sekitar 6.2 juta telefon bimbit terpakai. Obor Sukan Olimpik berkenaan pula diperbuat daripada bahan sisa aluminium dan pentas tempat berucap diperbuat daripada sisa plastik marin dan barangan rumah dikitar semula.

Bekalan elektrik pula akan dijana daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan