Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penganjur ikrar khidmat terbaik buat penyiar Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing berikrar akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pihak penyiar memandangkan mereka kumpulan pelanggan penting bagi temasya sukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur ikrar khidmat terbaik buat penyiar Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Feb 2021 10:38PM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 10:40PM

BEIJING: Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing berikrar akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pihak penyiar memandangkan mereka kumpulan pelanggan penting bagi temasya sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Cai Qi berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Penaja Penyiaran Sedunia (WBC) 2021 yang diadakan secara maya pada Selasa (2 Feb). 

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Parti Komunis China itu turut menjelaskan bahawa WBC merupakan wahana penting bagi jawatankuasa penganjur mengadakan interaksi dengan penaja penyiaran.

Justeru katanya, sidang itu memberikan ruang berkongsi pandangan dengan pelbagai pihak untuk memastikan perkhidmatan yang lebih komprehensif dan cekap.

Menjelang setahun sebelum perasmian kejohanan itu, Cai berkata kerjasama rapat akan dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk penaja penyiaran untuk sama-sama berusaha menjayakan temasya tersebut, di samping membawa harapan mengatasi wabak COVID-19 kepada seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Khidmat Penyiaran Olimpik(OBS), Yiannis Exarchos pula berkata pembinaan gimnasium dan gelanggang acara sedang berjalan lancar, sementara pelbagai kerja lain turut dilaksanakan mengikut jadual.

Sehubungan itu, beliau yakin Olimpik Musim Sejuk 2022 dapat dianjurkan dengan jayanya di Beijing.

Persidangan penaja kali ini menyaksikan pegawai-pegawai berkaitan dari Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan OBS mengadakan interaksi secara terperinci mengenai pembinaan infrastruktur, operasi media dan perkhidmatan penaja penyiaran.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan