Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pengadil dikejarkan ke hospital susulan insiden perlawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan

Polis sedang menyiasat kes sengaja menyebabkan kecederaan yang berlaku semasa perlawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) Divisyen Satu pada Ahad (21 Okt) di stadium Yishun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pengadil dikejarkan ke hospital susulan insiden perlawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan

Stadium Yishun (Gambar petikan Google Maps)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 05:42PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 05:45PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat kes sengaja menyebabkan kecederaan yang berlaku semasa perlawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) Divisyen Satu pada Ahad (21 Okt) di stadium Yishun.

Seorang pengadil cedera ringan di bahagian lehernya dalam insiden tersebut.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kes tersebut pada pukul 6.42 petang.

"Seorang lelaki 37 tahun dihantar ke Hospital Khoo Teck Phuat dalam keadaan sedar," tambah polis.

Seorang pembaca Mediacorp berkata beliau berada di stadium berkenaan dan menyaksikan seorang pemain "mengasari pengadil berkenaan semasa perlawanan tersebut yang menyebabkan kekecohan."

"Pengadil itu mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan tugasnya. Beliau kemudian digantikan oleh seorang lagi pengadil. Polis dan ambulans dipanggil bagi menangani insiden tersebut," kata beliau.

Menurut laman Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), perlawanan NFL antara Katong FC dan Gymkhana FC berlangsung pada pukul 5.00 petang di Stadium Yishun pada Ahad (21 Okt).

Mediacorp sudah menghubungi FAS bagi mendapatkan komen.  

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan