Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pengadil digantung seumur hidup manipulasi perlawanan

Pengadil bola sepak Oden Charles Mbaga digantung seumur hidup dan didenda 200,000 franc Swiss (S$ 270,130) selepas didapati bersalah menerima rasuah bagi memanipulasi perlawanan, menurut kenyataan badan penguasa bola sepak FIFA pada Selasa (26 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengadil digantung seumur hidup manipulasi perlawanan

Logo FIFA. (Gambar: Arnd Wiegmann/Reuters)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 07:23PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 07:26PM

ZURICH: Pengadil bola sepak Oden Charles Mbaga digantung seumur hidup dan didenda 200,000 franc Swiss (S$ 270,130) selepas didapati bersalah menerima rasuah bagi memanipulasi perlawanan, menurut kenyataan badan penguasa bola sepak FIFA pada Selasa (26 Feb).

Menurut FIFA, jawatankuasa etika mendapati Mbaga bersalah menerima rasuah itu yang melanggar kod etika FIFA berikutan satu siasatan yang dilakukan bermula pada Julai lalu.

Dalam satu email kepada Reuters, FIFA menyatakan Mbaga "menerima rasuah untuk memanipulasi beberapa perlawanan tempatan dan antarabangsa di antara 2009 dan 2012."

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perlawanan yang terbabit.

Mbaga memberitahu Reuters di Dar es Salaam yang beliau disoal oleh FIFA pada tahun 2010 tetapi tidak menerima sebarang makluman sejak itu dan tidak tahu tentang kes mengatur perlawanan berkenaan.

"Ini adalah berita mengejutkan buat saya. Saya tidak tahu langsung mengenai saya digantung daripada aktiviti bola sepak untuk seumur hidup. Saya memang langsung tidak tahu tentang ini," kata Mbaga.

"Saya tahu FIFA menjalankan siasatan dan kali terakhir mereka menemuramah saya tentang isu ini adalah pada 2010. Saya memberitahu mereka secara terbuka saya tidak tahu apa-apa tentang mengatur perlawaan dan sejak itu, saya tidak pernah mendengar daripada mereka.

“Buat masa ini, saya tak boleh kata apa-apa kerana saya tak dapat maklumat jelas.”
FIFA menggambarkan Mbaga sebagai “pengadil yang dikaitkan dengan Persekutuan Bola Sepak Tanzania”

Bulan lalu, bekas pengadil antarabangsa Ibrahim Chaibou dari Niger juga digantung seumur hidup dan didenda 200,000 franc Swiss (S$ 270,130) di atas kesalahan menerima rasuah. 

Sumber : Reuters/IL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan