Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pengadil bola sepak terkenal Mark Clattenburg tiup wisel hentikan perlawanan, hormati azan

Video pengadil England, Mark Clattenburg yang menghentikan perlawanan selepas mendengar azan berkumandang, viral di media sosial terutama sekali dalam kalangan peminat bola sepak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengadil bola sepak terkenal Mark Clattenburg tiup wisel hentikan perlawanan, hormati azan

Mark Clattenburg. (Gambar: OLI SCARFF / AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2018 11:02PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 11:09PM

ARAB SAUDI: Video pengadil England, Mark Clattenburg yang menghentikan perlawanan selepas mendengar azan berkumandang, viral di media sosial terutama sekali dalam kalangan peminat bola sepak.

Ia berlaku dalam satu perlawanan Piala Raja-Raja Arab Saudi antara Al Feiha dan Al Fateh, semalam (24 Jan).

Video itu viral di media sosial kerana ia dilakukan oleh seorang pengadil yang terkenal dan bukan Muslim, lapor laman Astro Awani.

Tindakan Clattenburg mendapat pujian ramai kerana sikapnya yang sensitif terhadap budaya dan agama di Arab Saudi.

Berikut video di mana Clattenburg dilihat meniup wisel bagi menghormati azan.

Sudah pasti Clattenburg diberi taklimat mengenai perkara itu sebelum mengendalikan sesebuah perlawanan bola sepak di Arab Saudi.

Clattenburg merupakan seorang pengadil bola sepak yang disegani di Eropah dan antara pengadil yang terbaik dalam Liga Perdana dan England.

Namun Clattenburg membuat keputusan untuk berhijrah ke Arab Saudi untuk menggantikan rakan senegaranya, Howard Webb sebagai ketua pengadil untuk Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) pada Februari 2016, lapor laman Astro Awani.

Menurut laporan akhbar Britain, Mirror, Webb terkejut dengan keputusan Clattenburg untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana beliau mungkin terlepas untuk dipilih menjadi pengadil pada Piala Dunia 2018 di Rusia nanti.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan