Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penembak S'pura Adele Tan duduki tempat ke-21 dalam acara senapang angin 10m

Penembak negara, Adele Tan, menduduki tempat ke-21 dalam pusingan kelayakan bagi acara senapang angin 10 meter wanita pada Ahad (24 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Penembak S'pura Adele Tan duduki tempat ke-21 dalam acara senapang angin 10m

Pasukan senapang angin wanita terdiri daripada Adele Tan (dalam gambar), Fernel Tan, dan Natanya Tan meraih pingat gangsa bagi acara berpasukan 10 meter di Sukan SEA ke-31. (Gambar fail: Kong Chong Yew/Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura/Facebook)

Diterbitkan : 24 Jul 2021 10:21AM Dikemas Kini : 24 Jul 2021 10:27AM

TOKYO: Penembak negara, Adele Tan, menduduki tempat ke-21 dalam pusingan kelayakan bagi acara senapang angin 10 meter wanita pada Ahad (24 Jul).

Ia merupakan prestasi terbaik pasukan Singapura bagi acara tersebut di Sukan Olimpik.

Sebelum ini, prestasi terbaik Singapura adalah tangga ke-24 yang dikecapi Jasmine Ser pada 2012.

Tan yang bersaing di Lapangan Menembak Asaka mengumpul 625.3 mata, hampir-hampir mencapai prestasi terbaiknya iaitu 632.5 mata.

Beliau muncul sebagai juara dalam acara yang sama di Kejohanan H&N di Munich dua tahun lalu selepas mencatat 104.1 104.7 103.7, 104.3, 104.6 dan 103.9 mata.

Penembak Norway Jeanette Hegg Duestad mendahului pusingan kelayakan itu setelah mengutip 632.9 mata disusuli oleh Park Heemoon dari Korea dengan 631.7 mata dan Mary Carolynn Tucker dari Amerika Syarikat dengan 631.4 mata.

Lapan atlit terbaik dalam pusingan kelayakan itu menempah tempat ke peringkat akhir pada Sabtu.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan