Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penduduk Palestin berang perlawanan Argentina-Israel dipindah ke Baitulmakdis

Pasukan Argentina dijadualkan bermain di Baitulmakdis pada Sabtu ini (9 Jun) menentang Israel dalam perlawanan persahabatan sebelum Piala Dunia di Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2018 08:20PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 09:07PM

RAMALLAH, TEBING BARAT: Pasukan Argentina dijadualkan bermain di Baitulmakdis pada Sabtu ini (9 Jun) menentang Israel dalam perlawanan persahabatan sebelum Piala Dunia di Rusia.

Bagaimanapun perlawanan itu mencetuskan kemarahan para penduduk Palestin.

Mengikut jadual asalnya perlawanan tersebut sepatutnya berlangsung di bandar Haifa. Namun pihak berkuasa Israel memindahkannya ke Baitulmakdis.

Persatuan Bola Sepak Palestin menuduh Israel menjadikan perlawanan bola sepak itu bagi alat politiknya.

Pemain handalan Argentina, Lionel Messi khususnya menerima bahang kemarahan daripada para peminat.

Memandangkan Messi menjadi tokoh simbolik dalam dunia bola sepak, orang-orang Palestin menyerunya agar memulaukan perlawanan itu. 

Sumber : Reuters/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan