Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemohon visa, imigresen Kejohanan Terbuka Australia perlu vaksinasi COVID-19

Semua pemain yang inginkan visa untuk bertanding dalam Kejohanan Terbuka Australia perlu lengkap divaksin, kata menteri imigresen negara itu pada Rabu (20 Okt). Pengumuman itu menimbulkan keraguan terhadap penyertaan pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemohon visa, imigresen Kejohanan Terbuka Australia perlu vaksinasi COVID-19

Logo Australian Open di Melbourne Park menjelang perlawanan tenis. (Gambar fail: Loren Elliott/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Oct 2021 08:46AM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 08:47AM

CANBERRA: Semua pemain yang inginkan visa untuk bertanding dalam Kejohanan Terbuka Australia perlu lengkap divaksin, kata menteri imigresen negara itu pada Rabu (20 Okt). Pengumuman itu menimbulkan keraguan terhadap penyertaan pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Djokovic, yang menyasarkan untuk mencatat rekod gelaran perseorangan Grand Slam ke-21 bagi lelaki, menolak untuk mendedahkan status vaksinasinya. Pemain itu berkata beliau tidak pasti jika beliau akan mempertahankan mahkota Kejohanan Terbuka Australian beliau.

Menjelaskan tentang syarat-syarat Australia ke atas pemain yang mahu memohon visa, Menteri Imigresen Alex Hawke berkata pemain asing akan dikehendaki lengkap divaksin.

"Anda perlu divaksin dua kali untuk mengunjungi Australia. Itu adalah syarat universal, bukan sahaja untuk para pemain tenis. Maksud saya, setiap pelawat ke Australia perli divaksin dua kali," Encik Hawke memberitahu radio Australian Broadcasting Corporation.

Australia menutup sempadan antarabangsanya kepada bukan warganegara dan bukan penduduk tetap selama 18 bulan meskipun terdapat pengecualian bagi beberapa individu berprofil tinggi.

Perjalanan antarabangsa dijangka bermula bagi rakyat Australia dalam beberapa minggu mendatang, dengan pelancongan dijangka disambung semula pada awal 2022.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan