Images
  • person hold knife
    Gambar hiasan.

Peminat Manchester United ditikam di Paris

PARIS: Seorang peminat Manchester dtikam di Paris setelah pasukan itu menewaskan Paris St Germain dalam Liga Juara-Juara, menurut BBC pada Khamis (7 Mac).

Menurut laporan, penyokong berusia 44 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan bagi kecederaan di bahagian dadanya menyusuli satu insiden dalam sebuah teksi.

"Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa Perancis menyusuli satu insiden melibatkan seorang lelaki warga Britain pada 6 Mac dan bersedia menawarkan bantuan sekiranya diperlukan," menurut Pejabat Luar Negara dalam satu kenyataan.

Manchester United menewaskan pasukan juara Perancis PSG 3-1 pada Rabu setelah kalah dalam perlawanan pertama 2-0 namun mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan kelebihan gol di padang lawan.

- Reuters/NA/na

Top